Wednesday, August 3, 2011

Kata-kata penyedar untuk diri aku sendiri...

"Lisan yang didorong dan dikendalikan
oleh kekuatan iman yang akan menghasilkan 
mutiara-mutiara kata yang elok didengar
dan memancarkan kebenaran..."


"Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
'Rebutlah peluang lima perkara,
sebelum datang lima perkara...
masa muda sebelum tiba masa tua,
masa sihat sebelum tiba masa sakit,
masa lapang sebelum tiba masa sibuk,
masa kaya sebelum tiba masa papa (miskin)
dan masa hidup sebelum masa mati.."


"Menghairankan sekali,
orang yang mencuci wajahnya
berkali-kali dalam sehari,
tetapi tidak mencuci hatinya
walaupun sekali dalam setahun.."


"Setiap jiwa merindui kebenaran ilahi
kerana disebalik kerinduan itu 
tersimpan kenikmatan yang paling indah
yang sangat sukar untuk diucapkan
dengan kata-kata, hanya jiwa yang beriman
dalam meneguk makrifatullah yang dapat
merasakan betapa sucinya
jiwa yang mahmudah..."


"Jadikan masa yang berlalu itu 
sebagai pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan soleh,
dan masa hadapan yang terlalu diangan-angankan
sebaliknya teruslah berusaha untuk berubah
kepada yang lebih baik dan sentiasa 
berdoa, sabar dan solat.."


"Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi,
tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.."

"Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
orang yang cerdas adalah orang yang selalu
memikirkan dan mempersiapkan kematian.."


"Kata-kata lembut dan beradab
dapat melembut hati manusia yang keras.. (Prof. Dr Hamka)"


"Sifat pemarah adalah musuh utama akal.. ( Saidina Ali Abi Talib)"


"Salah satu tugas agama 
ialah memelihara akal. 
memelihara akal ialah 
dengan jalan menambah ilmu,
melatih diri berfikir...
merenungkannya.. ( Prof. Dr. Hamka)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...