Tuesday, February 16, 2010

Alhamdulillah..... Selesai sudah.

Alhamdulillah...
Majlis persandingan antara SITI HARIZAN BINTI ABD HARIS & MOHD HAYAT BIN MAHZAN dah pun selesai dan alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan teratur....  
dengan majlis yang bertemakan warna putih dan hijau kekuningan atau hijau pucuk pisang.. sangat2 berseri dan  sungguh indah padanan warnanya..
a 
amboi.. bukan main happy lagi hayat ketika bersanding... tersenyum lebar tau.. hehehe

  
makan damai.... hauuuuummmmm hayat feel gile makan.. ahaks..

upacara potong kek dan suap menyuap... 
pic intan suap hayat tak sempat nak snap.. laju sangat hayat sambar.. hehehe
sowi yat gurau jerk.. 

erkkkk alhamdulillah kenyang pewot..
skang time to photo shoot...


aikkk??? da tak sabo2 ke nak baby... huhu
nak bape ramai tan?? jangan ramai2 sangat tau... 
nnti kopak poket aku nak bagi duet raye.. uhuks..
hayyooooo.... baru aku perasan... ko la anak sedara aku yang pertama yang naik pelamin.. hihi
tak lame lagi aku akan terima cucu sedare... hahaha bestnye.!!!!
tak sabo nak jadik atok weiii.... nnti anak intan kena panggil aku 'tok uncle'. wakakaka
best jugak tuh... laen dari yang laen...


Intan si Pempuan gonjol... hukhuk
nasib baek cantek..

cantek gile intan ari nih... berseri2 muke die..
solekan die pun cantek n tak terlalu berat.... patot la hayat tersenyum lebar tengok intan.. hehehe
tapi whatever pon memang this is ur day la tan...
memang cantik n perfect.... suke tengok muke ko cam ni... 
semua cakap cantek gile.... nampak berseri...


Last but not least.... ape lagi.. mesti la pic aku ngan intan. wakakaka
aku ini memang si penyibok.. hukhuk pantang ade camera memang ade je la muke aku... ngeeee...
weeiiiiii amim gemok ade gak la... hihihi

so, itu saje pic yang aku larat letak.... huhuhu
kalau nak ikutkan sehari pon tak cukup mase aku nak upload pic2 ko dalam nihh..... hehehehe
lalalalalalililililululullolololo...

whateveR it is.. kata-kata hikmah untuk hari ni : 'SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA' 

"SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
INTAN DAN HAYYAT..
SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL SELAMANYA..."

Saturday, February 13, 2010

Kisah Suami cari alasan nak kawin lagi... kan dah kena..



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:



Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”


Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?



Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?


Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

MENANTU HANTU

Ada satu famili. Satu hari sedang menantau lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.. HANTU PUNYA ANAK”.

Friday, February 12, 2010

RAHSIA LELAKI MELALUI BULAN KELAHIRAN..

JANUARI
Lelaki ini sukar jatuh cinta. Tetapi jika sudah jatuh cinta, 
dia akan amat mencintai pasangannya. Dia juga 
mementingkan keluarganya dan akan mengatakan apa yang dia 
fikirkan. tetapi apabila berkahwin, dia dikatakan agak
agak cerewet perihal kewangan...

FEBRUARI
 dia agak kurang romantik dan sukar jatuh cinta
kerana dia tidak mahu kecewa. lelaki ini
suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara
yang menarik untuk dilakukan, tetapi boleh jadi pendiam
pada suatu masa dan ini boleh mengecewakan kekasihnya.
dia mungkin lambat berkahwin kerana 
tidak suka terikat dengan komitmen

MAC
romantik dan memmentingkan perasaan pasangan. 
Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan 
sehingga menyebabkan dia sukar menambat hati wanita.
Sikap suka bertangguh dan menyebabkan dia lambat
berkahwin. Tetapi dari segi bercinta, dia adalah 
seorang yang hangat, mengambil berat dan 
mengasihi serta menghibukan pasangannya.

APRIL
Padanya cinta adalah amat penting. Ketika mula 
bercinta bersikap baik hati, mudah jenaka
dan bersuka ria tetapi apabila telah lama
berkenalan mulai mencurigai pasangannya..

MEI
Dia mempunyai suara yang merdu dan mungkin
menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati wanita.
Lelaki ini ternanti-nantikan hari perkahwinannya
dan akan memilih pasangan hidupnya dengan agak
teliti agar rumah tangganya berpanjangan..

JUN
Dalam mencari pasangan hidup dia suka 
wanita yang boleh berfikiran sendiri,
tidak pendiam dan cerdik. Paras rupa bukan menjadi
keutamaan..

JULAI
Baginya kebahagiaan rumah tangga amat penting.
Dia adalah suami yang sangat setia, penyayang
dan amat sukar untuk melafazkan penceraian.
Jadi dia akan bersedih jika rumahtangganya
menghadapi masalah.

OGOS
Kehidupan cinta adalah penting kerana dengan adanya
orang yang mengasihi membuatkan dirinya bahagia.
Dia percaya kepada perkahwinan
dan menganggap rumah sebagai tempat berehat
dan isterinya memberikan keselesaan  setelah 
dia penat bekerja..

SEPTEMBER
Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan
dan kesempurnaan. sifatnya itu membuatkannya sukar 
bertenang apabila berpasangan dan ini menjadikan
dia bukan kekasih yang memuaskan hati pasangannya.

OKTOBER
Dia biasanya adalah orang yang jimat dalam berbelanja
tetapi agak boros juga dari segi membeli baju,
wangian atau perabot. Dia membelanjakan
banyak wang untuk menarik perhatian orang yang
dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting..

NOVEMBER
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat menbaca isi
hati orang lain. Dia akan berusaha bertahun-tahun 
untuk mencapai cita-citanya. Dia suka jika dapat menunjukkan
kuasa dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.
Manakala hal sexual, dia cenderung untuk mementingkan diri
sendiri..

DISEMBER
Dia sangat suka bergaul dengan insan yang paling romantik.
Lelaki ini mudah jatuh cinta kepada wanita. Tapi dia 
tidak suka terikat dalam jangka masa yang panjang.
Kononnya ramai lelaki yang berbintang sagitarius yang
berkahwin lebih daripada satu....     
 
   
     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...