Friday, February 12, 2010

RAHSIA LELAKI MELALUI BULAN KELAHIRAN..

JANUARI
Lelaki ini sukar jatuh cinta. Tetapi jika sudah jatuh cinta, 
dia akan amat mencintai pasangannya. Dia juga 
mementingkan keluarganya dan akan mengatakan apa yang dia 
fikirkan. tetapi apabila berkahwin, dia dikatakan agak
agak cerewet perihal kewangan...

FEBRUARI
 dia agak kurang romantik dan sukar jatuh cinta
kerana dia tidak mahu kecewa. lelaki ini
suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara
yang menarik untuk dilakukan, tetapi boleh jadi pendiam
pada suatu masa dan ini boleh mengecewakan kekasihnya.
dia mungkin lambat berkahwin kerana 
tidak suka terikat dengan komitmen

MAC
romantik dan memmentingkan perasaan pasangan. 
Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan 
sehingga menyebabkan dia sukar menambat hati wanita.
Sikap suka bertangguh dan menyebabkan dia lambat
berkahwin. Tetapi dari segi bercinta, dia adalah 
seorang yang hangat, mengambil berat dan 
mengasihi serta menghibukan pasangannya.

APRIL
Padanya cinta adalah amat penting. Ketika mula 
bercinta bersikap baik hati, mudah jenaka
dan bersuka ria tetapi apabila telah lama
berkenalan mulai mencurigai pasangannya..

MEI
Dia mempunyai suara yang merdu dan mungkin
menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati wanita.
Lelaki ini ternanti-nantikan hari perkahwinannya
dan akan memilih pasangan hidupnya dengan agak
teliti agar rumah tangganya berpanjangan..

JUN
Dalam mencari pasangan hidup dia suka 
wanita yang boleh berfikiran sendiri,
tidak pendiam dan cerdik. Paras rupa bukan menjadi
keutamaan..

JULAI
Baginya kebahagiaan rumah tangga amat penting.
Dia adalah suami yang sangat setia, penyayang
dan amat sukar untuk melafazkan penceraian.
Jadi dia akan bersedih jika rumahtangganya
menghadapi masalah.

OGOS
Kehidupan cinta adalah penting kerana dengan adanya
orang yang mengasihi membuatkan dirinya bahagia.
Dia percaya kepada perkahwinan
dan menganggap rumah sebagai tempat berehat
dan isterinya memberikan keselesaan  setelah 
dia penat bekerja..

SEPTEMBER
Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan
dan kesempurnaan. sifatnya itu membuatkannya sukar 
bertenang apabila berpasangan dan ini menjadikan
dia bukan kekasih yang memuaskan hati pasangannya.

OKTOBER
Dia biasanya adalah orang yang jimat dalam berbelanja
tetapi agak boros juga dari segi membeli baju,
wangian atau perabot. Dia membelanjakan
banyak wang untuk menarik perhatian orang yang
dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting..

NOVEMBER
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat menbaca isi
hati orang lain. Dia akan berusaha bertahun-tahun 
untuk mencapai cita-citanya. Dia suka jika dapat menunjukkan
kuasa dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.
Manakala hal sexual, dia cenderung untuk mementingkan diri
sendiri..

DISEMBER
Dia sangat suka bergaul dengan insan yang paling romantik.
Lelaki ini mudah jatuh cinta kepada wanita. Tapi dia 
tidak suka terikat dalam jangka masa yang panjang.
Kononnya ramai lelaki yang berbintang sagitarius yang
berkahwin lebih daripada satu....     
 
   
     

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

haha. Tak betul. aku tak kuat cemburu...

east_casablanca said...

Bulan Mac tu sungguh tak betul

east_casablanca said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...