Monday, April 19, 2010

MESTI BACA : JELINGAN AYAHKU (PECAH PEROT BACE...........)

kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu 
aku kanak-kanak dahulu. Ayanh suka memberi amaran
padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu
yang tidak disukainya. 
contohnya :
jika aku mengikut ayah ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna
aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula....
Suatu hari..................
aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam 
tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingan padaku. Aku pun faham maksud jelingan itu, lalu terus memasukkan kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi......................................................................................
kemudian
APALAGI...... melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dangan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam itu, berbirat punggung aku dirotannya....

Sunday, April 18, 2010

PERCAKAPAN ITU ADALAH SATU DOA..........................


dulu aku selalu berangan nak jadi artis.....
aku selalu berangan nak masuk AKADEMI FANTASIA
hari2 aku bercakap tentang AF.... 
hari2 aku berangan nak masuk AF...
sampai ngah tido pon aku termimpi-mimpi dapat masuk AF...
ramai orang mempersoalkan impian aku...
ramai orang cakap "ko boleh ke mim masuk AF"
"ko layak ke mim masuk AF"...
aku pon cakap... aku cube, n usaha.....
rezeki tu kat mana2 ada.... impian boleh jadi kenyataan.....
janji ape yang kita mahukan tu, kita usahakan...
jangan hanya dimulut tapi usaha tak de....

aku dah cuba AF4... n shorlisted tapi tak dapat kejutan..
aku cube AF5.... huhu tak lepas satu ponn.. tak pe....
aku gi AF6 shortlisted gak..... pon tak dapat kejutan..
aku gi AF7... aku shortlisted and alhamdulillah aku dapat TOP 20..
tapi kecundang gak.... hehehhe.. tak pe...
lastly aku gi AF8.. shortlisted tapi tak dapat kejutan jugaaaaaaa... huhu

pape pon aku puas hati sangat2... 
coz kata aku untuk masuk AF dah jadi kenyataan...
cuma terkandas sikit je lagi... heheh
tapi ape yang membuatkan aku happy adalah AKU TAK PERNAH PUTUS ASA...
n aku rasa tak semua orang dapat pengalaman mcm aku...
tak semua orang ada apa yang aku ada....
so, what for aku nak putus asa...
hidup mesti diteruskan...

apa yang penting adalah "PERCAKAPAN ITU ADALAH SATU DOA"....
jadi jangan lah cakap yang bukan2.. kerana mungkin percakapan kotor 
atau yang tak baik keluar dari mulut anda itu 
akan menjadi kenyataan tanpa anda usaha...

jika anda mahukan kejayaan.... selalulah bercakap benda yang baik..
tak salah simpan impian dan anganan..
tetapi haruslah seiring dengan usaha dan kegigihan...
tanpa usaha anda takkan berjaya... 
kerana orang lain takkan cari duit untuk anda melainkan usaha anda sendiri....
hikhik salam bebel dari amim.... ummmpphhhh boleh tahan la.... hikhik


and NOW..........
AMIM AKAN CAKAP TENTANG CITA-CITA AMIM UNTUK MENJADI JUTAWAN PULAK...... tunggu........







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...