Thursday, July 28, 2011

(Rugi kalau korg tak bace.. lawak gile!!! pcayalah.) "Jelingan Ayah.."

posting ni aku dah pnah keluarkan dulu..
tapi saje nak cite semula lawak yg aku bace dlm buku.. 
hahahah tajuk die "jelingan ayah.."
rugi kalau tak bace..
sure blom abis bace korang dah gelak..
huwaaaaaaaa
aku yang dah bertahun post pon masih tergelak lagi ni.. haha

kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu 
aku kanak-kanak dahulu. Ayah suka memberi amaran
padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu
yang tidak disukainya. 

contohnya :

jika aku mengikut ayah ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna
aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula....

Suatu hari..................
aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam 
tersepit di celah punggungnya.

 Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingan padaku. Aku pun faham maksud jelingan itu, lalu terus memasukkan kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi......................................................................................

kemudian.......
APALAGI...... melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dangan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam itu, berbirat punggung aku dirotannya....

huwaaaaaaa huwaaaa huwaaa....
adushhhh sakit pero aku ketawa..

pesanan: hati-hati kalau pernah marah anak 
dengan menggunakan jelingan.... huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...